bila malam meniup angin
tiupkanlah angin kedamaian
bila malam terasa damai
semua bau duka akan terbang jauh
ya duka,hanya terbang seketika
suatu masa ia akan kembali mencari kita
aku ingin sekali duduk dalam malam
merasa kedamaian
menghilang duka
mencari bahagia
tapi bersyukurlah
malam itu seketika
jika tidak
manusia akan menjadi sampah
tidak bekerja mencari rezeki
tiada masalah untuk dikaji
akal fikiran terkunci mati
jadi cukuplah malam itu seketika
sekadar menjadi penyejuk hiba
sekadar menjadi pelepas lelah
menjadi jiwa dalam manusia
Sunday, November 2, 2003
Saturday, August 2, 2003
Sunday, April 27, 2003
k.e.h.i.d.u.p.a.n
kehidupan yang perit itu manis..
kehidupan yang selesa itu racun..
kehidupan yang bahagia itu solat..
kehidupan yang kekal itu syurga..
tapi kehidupan yang cinta itu penawar..
penawar pada luka, lara, seksa dan kecewa..
jangan kau silap langkah dalam mengejar cinta..
kerna cinta tidak perlu dikejar
ia sebenarnya wujud dalam jiwamu..
kehidupan yang selesa itu racun..
kehidupan yang bahagia itu solat..
kehidupan yang kekal itu syurga..
tapi kehidupan yang cinta itu penawar..
penawar pada luka, lara, seksa dan kecewa..
jangan kau silap langkah dalam mengejar cinta..
kerna cinta tidak perlu dikejar
ia sebenarnya wujud dalam jiwamu..
Tuesday, February 18, 2003
yang nyata..
kata yang terucap adalah perantara,
hati berkata
akal memutus
anggota bertindak
semuanya situasi seorang manusia
kata itu menyata apa yang dinyata
tak perlu kita mengia apa yang tidak
menidak apa yang benar
itu lumrah manusia....
hati berkata
akal memutus
anggota bertindak
semuanya situasi seorang manusia
kata itu menyata apa yang dinyata
tak perlu kita mengia apa yang tidak
menidak apa yang benar
itu lumrah manusia....
pengalaman..
bila kita hidup di dunia..masalah yang menimpa adalah adat resam dunia..adat yang tidak dapat dilanggar dan dibunuh..mengapa masih ada yang mahu mengelak diri darinya..mengapa tidak hadapinya demi satu pengalaman yang berharga..
manusia sentiasa mengejar yang jauh di mata tanpa berfikir arah tujuannya..manusia sentiasa meninggalkan yang dekat tanpa mengkaji baik buruknya..
manusia sentiasa mengejar yang jauh di mata tanpa berfikir arah tujuannya..manusia sentiasa meninggalkan yang dekat tanpa mengkaji baik buruknya..
Subscribe to:
Posts (Atom)